Monday, December 6, 2010

Rezeki dimana-mana


EXTRACT DARI BLOG : 
Kita sebagai Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-penuh hati bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah SWT atau di tangan Allah SWT dan bukan ditangan makhluk. (untuk peringatan diri saya sendiri dan kawan-kawan bila terkenang, mengeluh di masa kesusahan......)
Mahfum Firman Allah SWT (saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah SWT (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Firman Allah SWT (Al-Imran:26)
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.


(by RINNAZ Global Solution)

Thursday, December 2, 2010

Tips Untuk Pemakai Tudung (Ditujukan Untuk Diri Sendiri Serta Mereka Yang Bertudung Dan 'Akan' Memakai Tudung..Insyaallah)--

Extract dari http://tudungviaonline.blogspot.com


Tip 1: 
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).

Tip 2:
Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

Tip 5:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

Tip 6:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

Tip 7:
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tip 8:
Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

Tip 9:
Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tip 10:
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.
Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

Tip 11:
Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

Wednesday, December 1, 2010

Medan Mara KL (1 dec-14dec 2010)





Jumpa kami di Medan Mara Kuala Lumpur (1 Disember 2010 sehingga 14 Disember 2010). Harga lelong untuk tudung terpilih. Serta untuk pembelian Rm50.00 dan ke atas percuma paper bag!!

(by RINNAZ Global Solution)

Friday, October 15, 2010

Wanita Dan Kecantikan

Sememangnya wanita dan kecantikan adalah suatu simbiosis , yang saling bergantungan, walaupun saling bergantung perlu ade inisiatif jua untuk mengekalkan, dan mengembalikan kecantikan luaran dan dalaman. Sesungguhnya, dengan adanya spa, salun kecantikan dan sebagainya pada hari ini membantu sedikit sebanyak wanita untuk mencari alternatif tradisional mahupun teknologi moden bagi menjaga kecantikan diri. Kami di Selasih Spa, menawarkan kepada anda pakej-pakej yang menarik serta amat menghargai anda sebagai pelanggan kami. 





Untuk makluman : Selasih Spa akan beroperasi pada tahun 2011 di mana tarikh akan dimaklumkan kemudian. Pakej-pakej istimewa dan diskaun sehingga 70% akan ditawarkan semasa pembukaan Selasih Spa kelak.